Jumaat, 20 Februari 2009

OKU di Anugerah Belia Felda Malaysia


2 gambar penerima Anugerah Belia Felda Malaysia



Beliau yang cacat anggota badan sejak lahir terharu dan terkejut di atas pengiktirafan kali pertama itu walaupun tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atas sumbangan ikhlas dalam aktiviti belia.

Bagaimanapun jelas pelukis yang menggunakan kaki dan mulut itu, penganugerahan tersebut membuktikan golongan orang kurang upaya (OKU) setanding dengan insan normal lain jika ada kesungguhan dan keyakinan.

''Golongan OKU tidak harus berasa rendah diri. Kita perlu tunjukkan pada masyarakat lain bahawa kita mampu buat apa yang orang lain buat.

''Apa yang penting ialah kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan mempunyai minat yang tinggi untuk mencapai sesuatu kejayaan," kata ahli Persatuan Belia Felda Bukit Bading, Terengganu itu.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis ABFM 2008 yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Tokoh Generasi Baru Felda Malaysia, Anugerah Personaliti Istimewa OKU, Anugerah Pencapaian Sukan, Anugerah Kecemerlangan Pendidikan, Anugerah Usahawan Jaya Belia, Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia selain Anugerah Persatuan Belia Cemerlang.

Selain Mat Jamil, seorang lagi OKU yang berjaya merangkul Anugerah Personaliti Istimewa OKU, Muhamad Mat Nayan, 28, berkata, kecacatan yang dialami tidak pernah menghalang beliau untuk menceburkan diri dalam bidang sukan.

Walaupun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda, kejayaan memperoleh 20 pingat emas dalam sukan boling, angkat berat dan larian kerusi roda membuktikan bahawa tidak ada perkara mustahil jika ingin berjaya.

''Walaupun ada ketika saya terpaksa membelanjakan wang sendiri untuk menyertai kejohanan sukan ini, tetapi demi minat saya pada sukan, saya rela korbankan apa saja.

''Impian saya ialah untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa khususnya dalam sukan paralimpik," katanya yang berasal dari Felda Trolak Timur, Trolak..

Penganugerahan ABFM 2008 turut diberikan kepada Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, Dr. Gunawan Mahmood dan Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Pahang, Wan Salman Wan Ismail yang menerima Anugerah Tokoh Generasi Baru Felda.

Johan Persatuan Belia Cemerlang Felda pula dianugerahkan kepada Persatuan Sungai Tiang, Pendang, Kedah.

Pada majlis itu, seramai 10 Ikon Belia Felda Malaysia turut dipilih antaranya Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed; jaguh skuasy dunia, Datuk Nicol Ann David; pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah serta kumpulan nasyid Raihan...

sumber:utusan

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

p/s: Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu..


Print this post

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
 
Design By Hasbul © 2008-2010