- Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahaan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini;
- Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar kecatatannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana kecatatannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
- Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS
- Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.
- Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.
- Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.
TEMPOH PEMBIAYAAN
Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut:-
- Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
- Diploma - 3 tahun
- Sarjana Muda - 4 tahun
- Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
- Sarjana - 2 tahun
- Ph.D - 4 tahun
untuk pertanyaan/maklumat lanjut sila rujuk di laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi
2 ulasan:
kenapa elaun lambat masuk..??
cuba rujuk disini....
UNIT PINJAMAN DAN BANTUAN KEWANGAN
BAHAGIAN BIASISWA,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH, Presint 2,
62100, PUTRAJAYA
Telefon : 03-8884 4600 / 4606 / 4697
Fax : 03-8884 4701
Emel : unitpinjaman@mohe.gov.my
Catat Ulasan