skip to main |
skip to sidebar
"Program Mencari JKM"
KUALA LUMPUR: Kini orang susah akan dicari, bukan lagi mereka mencari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapat bantuan berikutan pelaksanaan Program Cari oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mulai hari ini. .Menterinya, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata menerusi program berkenaan pegawai JKM akan turun padang mencari dan mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan tanpa menunggu permohonan mereka. .Katanya, langkah itu selaras usaha kementerian untuk melakukan transformasi kebajikan dan memperluaskan perkhidmatan kebajikan (kebajikan produktif) ke seluruh negara.
“Saya akan pastikan ada kesedaran dan kerjasama pemimpin masyarakat. Saya mahu mereka cari kakitangan kebajikan yang ada di seluruh negara dan daftarkan orang yang layak mendapat bantuan.
“Kementerian kita tidak boleh bergerak sendirian, pegawai kita memang tidak cukup... kita hanya ada 5,700 kakitangan saja. Jadi saya rayu pemimpin masyarakat, ketua kampung, jiran tetangga dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan maklumat orang yang memerlukan bantuan ini,” katanya kepada Berita Minggu.
Dr Ng berkata, menerusi program itu, mereka yang memerlukan bantuan akan dapat dibantu dan tidak timbul lagi paparan dalam media mengenai penderitaan kerana kemiskinan.
Katanya, ketika ini, apabila ada paparan media mengenai kesusahan orang, JKM sentiasa dipersalahkan sedangkan mereka tidak mengetahui ada kes seumpama itu.
“Dalam sesetengah kes, orang miskin ini tidak memohon atau menampilkan diri. Ada yang malu meminta bantuan dan sesetengahnya berpindah randah kerana malu dengan kemiskinan mereka sehingga sukar kita mengesan kumpulan ini,” katanya.
sumber: Berita Harian Online-jun 2008
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
"Harap-harap biarlah Telus Tanpa Prejudis Untuk Membantu Semua Golongan Masyarakat.."
0 ulasan:
Catat Ulasan