Jumaat, 20 Februari 2009

Janji bantuan tinggal janji

KUANTAN: “Saya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak atau keluarga walaupun anak saya begitu memerlukan kerusi roda khas bagi memudahkannya bergerak tanpa bantuan,” kata ibu remaja cacat berusia 18 tahun, Mohd Muslim Roslan.

Sarifah Ahmad, 47, dari Felda Bukit Sagu 2 di sini, berkata kerusi roda digunakan sekarang tidak sesuai menyebabkan pergerakan anaknya terbatas kerana tidak boleh dikendalikan sendiri memandangkan dilahirkan tanpa kedua-dua tangan dan kaki.

Katanya, Mohd Muslim tetap gembira kerana kini boleh keluar rumah tanpa perlu menggolekkan badan.

Menurutnya, sebelum ini, ada pihak berjanji memberi bantuan, tetapi selepas beberapa tahun bantuan ditunggu tidak tiba.

Katanya, Mohd Muslim tidak pernah bersekolah kecuali menghadiri kelas tadika di tanah rancangan itu ketika berusia enam tahun.

“Baru-baru ini, pengurusan Felda menyatakan kesediaan mereka membina sebuah bilik khas untuk Mohd Muslim dan saya berharap ia menjadi kenyataan,” katanya.

Menurutnya, anak keempat daripada lima beradik itu tidak boleh ditinggalkan sendirian dan hanya menggolek badan jika mahu meminta sesuatu.

Penderitaan Mohd Muslim yang terpaksa bergerak secara bergolek dalam rumah kerana kecacatannya itu pernah didedahkan media, dua tahun lalu.

Sementara itu, Universiti Malaysia Pahang (UMP) masih menunggu dana untuk mencipta kerusi roda khas bagi kegunaan remaja berkenaan dianggarkan berharga RM80,000.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Nazariah Mohamad, berharap badan korporat atau syarikat swasta sedia menaja dan bekerjasama dengan universiti itu.

Berdasarkan laporan awal, kerusi roda yang memiliki ciri kenderaan pacuan empat roda yang bakal dicipta khas untuk Mohd Muslim itu akan dilengkapi tali pinggang keselamatan bagi memudahkannya bergerak di luar rumah terutama di kawasan berbukit.


sumber: metro 20/february

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

p/s: "lembu dipegang pada tali,manusia dipegang pada janji.."

Print this post

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
 
Design By Hasbul © 2008-2010