Isnin, 13 April 2009

UUM sedia van khas untuk penuntut OKU

SINTOK: “Dulu saya mengambil masa lebih setengah jam untuk bergerak dari dewan penginapan pelajar ke kelas dan kadang-kadang tidak dapat menghadiri kelas akibat hujan lebat, tetapi sekarang tidak lagi selepas menggunakan van ini,” kata Muhammad Ihsan Abdullah, 23.

Dia antara seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menggunakan perkhidmatan van dikhaskan untuk golongan kurang upaya (OKU) di kampus itu.

Pelajar bidang teknologi maklumat itu berkata, langkah prihatin universiti itu menyediakan sebuah van yang dilengkapi dengan teknologi hidraulik adalah tepat bagi memudahkan penuntut OKU terutama yang berkerusi roda mengikuti pengajian di kampus berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid, berkata pihaknya memperuntukkan RM140,000 untuk menyediakan sebuah van khas yang dilengkapi dengan kemudahan untuk mengangkat dan menurunkan penuntut berkerusi roda.

sumber: Harian Metro Online

Print this post

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
 
Design By Hasbul © 2008-2010