Isnin, 6 April 2009

Langkah-Langkah Memudahkan OKU Memiliki Lesen Memandu

"Article ini saya tulis setelah melihat ada
rakan OKU yang memandu dijalanraya
Tanpa lesen memandu.Diantara sebab2nya
bukanlah kerana mereka tidak layak atau
tidak pandai membaca,tetapi antaranya adalah;
terlalu banyak prosedur,ada yang menganggap
ianya terlalu leceh,ada yang berkata layanan
tidak memuaskan dan sbgnya
"




Langkah-Langkah yang perlu dilakukan:

1. Mewujudkan lebih banyak kelas memandu yang menggunakan kenderaan yang telah diubahsuai khas untuk memenuhi keperluan OKU.

2. Memberikan khidmat nasihat dan rundingan dari segi pengendalian dan pengubahsuaian kenderaan setelah mendapat lesen memandu kepada warga OKU.

3. Menyediakan stiker khas pada setiap kenderaan warga OKU supaya dia mendapat keistimewaan ataupun privilege dari segi pemanduan, tempat meletak kereta dan sebagainya.

4. Menyediakan lebih banyak kaunter-kaunter khas bagi golongan OKU untuk berurusan dengan JPJ.

5. Menggurangkan bayaran untuk mengambil lesen,kerana warga OKU bukanlah mereka yang terdiri dari golongan berada(kaya).

6. Mengkaji kemudahan yang diperlukan oleh warga OKU dengan mendekati persatuan/NGO yang mewakili OKU.

7. Di samping itu golongan OKU juga perlu diberikan layanan istimewa di mana mereka tidak perlu menunggu giliran dan diberikan keutamaan untuk mengambil ujian memandu.



Seharusnya pihak yang berkenaan memikirkan pendekatan sewajarnya untuk membolehkan OKU memiliki lesen memandu yang sah kerana ini akan memudahkan mereka melaksanakan urusan seharian dan menikmati kemudahan di negara ini seperti orang lain.Dengan adanya stiker khas bagi setiap kenderaan OKU pula, pihak polis, JPJ ataupun sesiapa sahaja orang awam akan mengetahui bahawa ini adalah merupakan kenderaan yang diguna pakai oleh OKU.

Print this post

19 ulasan:

Awwa berkata...

kena ubah suai sendiri kereta tu.kawan sy ambik lesen kat asia jaya..senang je tak susah2.

Tanpa Nama berkata...

sapa 2 nak bodyfied kereta emil je mj84_ganu@yahoo.com .... oku boleh ....hidup budak2 cacat heeeee

selepas oku berkata...

promote nampak...huhu

Tanpa Nama berkata...

kat kedah ada drive school utk oku?

Admin berkata...

cuba rujuk dgn jkm atau jpj kat sana

Unknown berkata...

salam...

sy OKU... tp dlm kad pengenalan OKU, sy telah dikategorikan sbg OKU kecacatan akal...

ini telah menyebabkan sy sukar mengambil lesen memandu...

ader aper2 cadangan x utk sy???

Admin berkata...

Nurhidayah...
rasa macam tak dapat bantu la...cuba rujuk dgn JKM sebab kad OKU dikeluarkan oleh JKM..harap membantu

ZULIANA SARIPAN berkata...

saya confuse... saya jd handicap selepas mendapat penyakit sagital venus trombosis pada 2007. saya sudah mempunyai lesen D sebelum ini.walaubagaimanapun,sekarang saya masih memandu dengan tangan kiri yang lemah menggunakan kereta manual.soalan saya... perlukah saya memohon lesen memandu oku? jika berlaku kemalangan,adakah saya dilindungi insuran??(kereta dan insuran diri didaftar atas nama saya)

Unknown berkata...

Nak Dapat Lesen bagi OKU
Sila ke www.lesen2oku.com

Unknown berkata...

Salam..saya junaidi dari nilai negeri sembilan,saya ingin ambil lesen memandu auto,jd msalah saya skarng d mana ada tmpat yg ada pengambilan untk lesen auto?klu blh kawasan yg hampir dgn saya..saya perlu kn knderaan sendiri untuk memudh kn saya ke tempat kerja..harap ada yg membantu....

Unknown berkata...

Prosuder ambil lesen..betul ker???
1)pg hospital untuk dpt surat melayakkan mempunyai lesen oku
2)lepas tue pg jpp...

Unknown berkata...

Untuk oku nak ambil lesen kena ada knderaan sndiri yang tlh diubahsuai..

Unknown berkata...

Ye betul...lps ke hospital kna ke jpj bhgian automotif..disna mereka akn bgi surat utk ubahsuai knderaan

Tanpa Nama berkata...

Sy dpt lesen sblom sy isytihar sy oku.sy gunakan lesen tersebut...boleh ke atau kna ambik lesen lain? Utk pengetahuan, sy oku penglihatan. Rsnye ubahsuai kenderaan tiada berkaitan dgn keadaan saya.

GAP berkata...

sama la masaalah kita. OKU penglihatan dan sblm ni dah ada lesen. tapi saya cuma buta sebelah mata je. sebelah lagi okay. so memandu tiada masaalah.

Unknown berkata...

Macammnana yg x tau membaca

Nsy berkata...

Kalau tak ubah suai kereta tu boleh ke?

Syawal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Syawal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
 
Design By Hasbul © 2008-2010