Jumaat, 24 April 2009

Pelajar Terbaik OKU Dapat Perhatian




Cacat pada bahagian kedua-dua belah kaki dan tangan kirinya tidak menghalang Hashim B Muhammad, 20 menjadi pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di kalangan orang kurang upaya (OKU).

Hashim bersekolah di tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai ini mendapat keputusan 3A dan 2B dalam STPM baru-baru ini. Hashim yang tinggal bersama-sama ibubapa beliau di Kg Gertak Kangkong di Mengkebang, Kuala Krai di fahamkan mempunyai kecacatan sejak lahir lagi.

Kejayaan beliau mendapat perhatian daripada pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan melalui YB Dato' Haji Husam Musa, Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan telah menyumbangkan sedikit bantuan pengajian sebanyak RM 10,000 dan sebuah kerusi roda elektrik untuk Hashim. Ini bertujuan untuk memudahkan lagi pergerakan beliau pada masa akan datang.

Keperitan beliau untuk menimba ilmu sangat dikagumi dimana dalam tingkatan 6 beliau terpaksa menempuhi perjalanan sejuah 20km dari rumah beliau untuk ke sekolah yang dihantar oleh bapanya atau pn bersama adiknya. Hashim juga berterima kasih kepada ibubapa dan adik beradiknya kerana tidak pernah puas untuk menjaga dan melayan kerenahnya.

Ayah beliau Mohammad B Yusoff, 53 dan Ibunya Fatimah Bt Abd Rahman, 49 bersyukur kepadaNya dan juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana memberi perhatian kepada anaknya.

Dalam pada itu, Dato Haji Husam juga turut memberikan sumbangan sebuah motor roda tiga kepada Daud B Botok yang berasal dari Tawang yang juga salah seorang dari orang (OKU). Sumbangan diberikan dari tabung Orang Kurang Upaya (OKU) Kerajaan Negeri Kelantan.

sumber: husammusa.com

Print this post

1 ulasan:

PPOC Perak berkata...

Sememangnya kecacatan bknlah batu penghalang untuk yang ingin berjaya! syabas!

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
 
Design By Hasbul © 2008-2010