Memaparkan catatan dengan label Permohonan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permohonan. Papar semua catatan

Ahad, 7 Mac 2010

MJ Ganu Driving








klu jumpe tu kasi la hon,jgn la ajak racing plak...huhu.....dia dalam proses nak amik lesen..........

Khamis, 14 Mei 2009

JAWATAN KOSONG DI PUSAT PERKHIDMATAN PELANGGAN CARREFOUR

Merujuk ke perkara di atas, kami di pasaraya besar Carrefour menawarkan 5 jawatan kosong kepada
> individu kurang upaya yang berbakat untuk bekerja bersama kami di Pusat Perkhidmatan Pelanggan Carrefour
> terletak di Carrefour Sri Petaling.
>
> Tanggungjawab :
>
> 1. Menerima Panggilan, menjawab pertanyaan dan merekodkan panggilan.
> 2. Membuat panggilan ke cawangan-cawangan lain untuk mendapatkan maklumat
> bagi pihak pelanggan.
> 3. Menerima aduan @ cadangan pelanggan melalui telefon dan memberikan maklumbalas kepada
> pelanggan dalam masa 48jam.
>
> Syarat Kelayakan
> 1. Berumur di antara 18thn - 30 thn
> 2. Pengalaman berkerja / bagi yang tidak berpengalaman , latihan akan diberikan.
> 2. Boleh melihat, berkomunikasi, mendengar, menulis dan menaip.
> 3. Fasih dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
> 4. Mempunyai kenderaan sendiri
> 5. Berkemampuan untuk berkerja syif , hujung minggu dan cuti Am
> 6. Mempunyai asas komputer.
>
> Bagi calon- calon yang berminat , boleh menhantarkan resume ke tth_7557@yahoo.com @ hubungi kami
> di Carrefour Customer Careline 1- 300- 88- 2939.
>
> Terima Kasih
>
> Mr.Thachna
> Carrefour Customer Careline


----------------------------------------------------------------------------------------

Document ni aku copy dari comment kepada article Majikan Dan OKU Dalam Bidang Pekerjaan dan comment tersebut bertarikh 30/april/2009......aku pun ada apply sebenarnya,tapi tak cukup syarat(takde kenderaan sendiri) yang lain sume dah ok dengan aku...so pada sespe yang berminat jgn lepaskan peluang.....bukan senang nak jumpa peluang mcm ni...klu aku ade kenderaan dlm masa trdekat ni confirm aku pergi...huhu


Isnin, 13 April 2009

UUM sedia van khas untuk penuntut OKU

SINTOK: “Dulu saya mengambil masa lebih setengah jam untuk bergerak dari dewan penginapan pelajar ke kelas dan kadang-kadang tidak dapat menghadiri kelas akibat hujan lebat, tetapi sekarang tidak lagi selepas menggunakan van ini,” kata Muhammad Ihsan Abdullah, 23.

Dia antara seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menggunakan perkhidmatan van dikhaskan untuk golongan kurang upaya (OKU) di kampus itu.

Pelajar bidang teknologi maklumat itu berkata, langkah prihatin universiti itu menyediakan sebuah van yang dilengkapi dengan teknologi hidraulik adalah tepat bagi memudahkan penuntut OKU terutama yang berkerusi roda mengikuti pengajian di kampus berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid, berkata pihaknya memperuntukkan RM140,000 untuk menyediakan sebuah van khas yang dilengkapi dengan kemudahan untuk mengangkat dan menurunkan penuntut berkerusi roda.

sumber: Harian Metro Online

Rabu, 18 Februari 2009

ELAUN KHAS PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI IPT - (Biasiswa dan Pinjaman Pengajian)


  • Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahaan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini;
  • Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar kecatatannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana kecatatannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
  • Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.

SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

  • Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.
  • Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.
  • Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN
Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut:-

  1. Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
  2. Diploma - 3 tahun
  3. Sarjana Muda - 4 tahun
  4. Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
  5. Sarjana - 2 tahun
  6. Ph.D - 4 tahun
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

untuk pertanyaan/maklumat lanjut sila rujuk di laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi

Rabu, 11 Februari 2009

Pegawai penyiasat JKM k****g tak buat krje ke....??

>>>klik pada gambar utk lihat lagi jelas...

kat atas ni bukti yg pejabat Jkm tu dah amik document permohonan aku...aku betul2 kecewa la ngan JKM ni kan...mse artikel ni ditulis dah 8 kali aku call pejabat Jkm tempat aku mohon ni...bila aku tanya pegawai tu,jawapan dier masih same(;saya akan semak balik)........aku tunggu punya tunggu la ni dah masuk 3 bulan.....aku difahamkn yg bende ni bole satle dalam mase sebulan jer....ni bukannya sebulan,dah lebih 3 BULAN weh!!! siasat pun belum.....spe nak jawab?? sedangkan aku mohon kerje ngan carrefour seminggu jer dah bg respon kat aku balik......takkan Jkm mcm ni.............????

p/s:
‘Kerana nila setitik, Rosak susu sebelanga’

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
 
Design By Hasbul © 2008-2010