Memaparkan catatan dengan label Lesen memandu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lesen memandu. Papar semua catatan

Ahad, 7 Mac 2010

MJ Ganu Driving








klu jumpe tu kasi la hon,jgn la ajak racing plak...huhu.....dia dalam proses nak amik lesen..........

Jumaat, 17 April 2009

Abg ingat saya tak boleh bayar ke??

gambar hiasan shaja


Semalam aku lepak la kedai tomyam kat sebelah ni,sambil layan tv dengan 2-3 orang member kat sni.habis makan jer aku tengok abg tu tukar tv3,aku pun layan jer la..tetiba 360 baru nak start,topik pulak pasal kes teksi kat lembah klang;Kebetulan pulak warawan 360 masa tu menyamar sebagai OKU nak kenakan pemandu2 teksi kat area tu...

Aku pun dah banyak kali sebenarnya terkena dengan teksi ni...kawan2 OKU aku yang lain pun banyak jugak yang dah terkena dan tercerita kat aku...hehe...ni sekadar nak berkongsi pengalaman jer la..

Kes pertama,kawan aku tu dari komuter serdang nak balik rumah.Nak kata jauh tu tak la sangat;dekat 20minit jugak la jalan kaki..Kawan aku pi kat teksi yang tengah park kat tepi tu tanya nak pergi sana(rumah dia la) berapa bang..? abg tu cakap "RM10";sebenarnya pakai meter tak sampai pun RM5..kawan aku tanya kat 2-3 biji teksi pun mcm tu jgak...last2 kawan aku pun terpaksa la;kalau tidak tak balik la...dia pulak memang hari2 balik kerja guna laluan tu..tapi yang aku nak cerita bukan pasal teksi dan meter,ni pasal pemandu....

Aku ade jugak tanya kawan2 aku yang bukan Warga OKU ni,diorg ckp "ok jer teksi kat sana,cas pun tak mhal"...lepas tu aku cakap la kat kawan aku yang terkena tadi,mugkin sebab kau OKU dia takut kau tak dapat bayar tambang kot;takpun leceh nak angkat wheelchar(kerusiroda) kau....kawan aku pulak menjawab dengan soalan " kau tau aku cakap apa kat teksi pertama yang aku tanya kat sana??".."kau cakap apa kat dia??"aku tanya...."aku sound di la"dia menjawab..."abg ingat saya tak boleh bayar ke??"tambah kawan aku lagi.....

Berbalik kat kedai tomyam tadi balik,bila dah habis jer 360 tu semua kat kedai tomyam tu pandang aku..kebetulan ade lagi member aku yang duduk berlainan meja dengan aku pandang aku jugak saja la aku nak bergurau,aku pun sound la.."tengok apa..??kau pun nak pakai wheelchar(kerusiroda) aku buat mcm tu..??"aku cakap...semua yang pandang aku tadi cepat2 alihkan pandangan diorang..

Isnin, 6 April 2009

Langkah-Langkah Memudahkan OKU Memiliki Lesen Memandu

"Article ini saya tulis setelah melihat ada
rakan OKU yang memandu dijalanraya
Tanpa lesen memandu.Diantara sebab2nya
bukanlah kerana mereka tidak layak atau
tidak pandai membaca,tetapi antaranya adalah;
terlalu banyak prosedur,ada yang menganggap
ianya terlalu leceh,ada yang berkata layanan
tidak memuaskan dan sbgnya
"




Langkah-Langkah yang perlu dilakukan:

1. Mewujudkan lebih banyak kelas memandu yang menggunakan kenderaan yang telah diubahsuai khas untuk memenuhi keperluan OKU.

2. Memberikan khidmat nasihat dan rundingan dari segi pengendalian dan pengubahsuaian kenderaan setelah mendapat lesen memandu kepada warga OKU.

3. Menyediakan stiker khas pada setiap kenderaan warga OKU supaya dia mendapat keistimewaan ataupun privilege dari segi pemanduan, tempat meletak kereta dan sebagainya.

4. Menyediakan lebih banyak kaunter-kaunter khas bagi golongan OKU untuk berurusan dengan JPJ.

5. Menggurangkan bayaran untuk mengambil lesen,kerana warga OKU bukanlah mereka yang terdiri dari golongan berada(kaya).

6. Mengkaji kemudahan yang diperlukan oleh warga OKU dengan mendekati persatuan/NGO yang mewakili OKU.

7. Di samping itu golongan OKU juga perlu diberikan layanan istimewa di mana mereka tidak perlu menunggu giliran dan diberikan keutamaan untuk mengambil ujian memandu.



Seharusnya pihak yang berkenaan memikirkan pendekatan sewajarnya untuk membolehkan OKU memiliki lesen memandu yang sah kerana ini akan memudahkan mereka melaksanakan urusan seharian dan menikmati kemudahan di negara ini seperti orang lain.Dengan adanya stiker khas bagi setiap kenderaan OKU pula, pihak polis, JPJ ataupun sesiapa sahaja orang awam akan mengetahui bahawa ini adalah merupakan kenderaan yang diguna pakai oleh OKU.

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
 
Design By Hasbul © 2008-2010