Sabtu, 28 Februari 2009

Portabe On Screen Keyboard

osk_portable.png

>>> mirror 1

>>> mirror 2

>>> mirror 3


Read Me!
Selepas selesai download file ni,extrac dulu kemudian copy ke USB Storage/Pendrive anda...


OKU yg susah untuk menaip menggunakan keyboard biasa(biasanya spastic la)boleh menggunakan software ni untuk mempercepatkan lagi mereka menaip,software ini membolehkan mereka menaip dengan menggunakan Mouse sahaja(sama macam yg memang ada pada windows)...
Please let me know if link is broken..Thanks!

Rabu, 25 Februari 2009

"Pelajar gembira berpeluang miliki tangan palsu"

GUA MUSANG: Hasrat seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Ciku, Mohd Zulkifli Nordin, 13, untuk memiliki dua tangan palsu selepas dilahirkan tanpa kedua-dua tangan semakin cerah.

Ini berikutan doktor yang kali pertama merawatnya di Hospital Gua Musang (HGM) Rabu lalu menyatakan remaja terbabit mempunyai harapan untuk memasang dua tangan palsu sungguhpun kecacatan yang dimilikinya hingga ke paras bahu.

Bagaimanapun, Mohd Zukifli bimbang biarpun mempunyai peluang cerah untuk menggunakan tangan palsu berkenaan, keluarganya tidak mampu menanggung kos yang bernilai puluhan ribu ringgit.

“Saya gembira apabila doktor memberitahu saya masih ada harapan memiliki tangan palsu.

“Walaupun saya mampu melakukan tugasan harian menggunakan kaki, namun sekiranya memiliki tangan palsu sekurang-kurangnya ia memudahkan aktiviti harian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rancangan Tanah Felda Aring Satu, dekat sini, kelmarin.

Mohd Zulkifli berkata, dia dilatih kedua ibu bapa untuk berdikari sejak berusia lima tahun termasuk makan, menulis serta melakukan kerja lain menggunakan kaki, selain tidak pernah terfikir menggunakn tangan palsu.

“Bukan saja keluarga tidak mampu membeli tangan palsu, tetapi saya pernah diberitahu sukar untuk saya mendapatkannya dengan keadaan kecacatan tangan ke paras bahu,” katanya.

Ibunya, Latifah Isa, 50, berkata, dia terharu dengan sikap prihatin ditunjukkan pelbagai pihak mengenai nasib menimpa anaknya sejak berita mengenai Mohd Zulkifli disiarkan Harian Metro, baru-baru ini.

Katanya, dia bersama suami, Nordin Ismail, 52, menerima banyak panggilan telefon daripada orang perseorangan dan ahli korporat yang sedia menghulurkan sumbangan untuk membeli tangan palsu Mohd Zulkifli.

Katanya, ketika itu dia belum mendapat pengesahan daripada doktor sama ada Mohd Zulkifli boleh dipasang kedua-dua tangan palsu atau tidak serta kosnya.

“Perkara itu memaksa saya bersama suami membuat temu janji dengan doktor dan selepas melakukan pemeriksaan awal Rabu lalu, peluang semakin cerah, tetapi perlu tunggu rawatan kedua dengan doktor pakar di Kota Bharu nanti,” katanya.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

sumber: harian metro/25 February


"Berat mata memandang,Berat lagi bahu yang memikul"

Semoga adik Zulkifli tak patah semangat untuk terus berjuang......






Ahad, 22 Februari 2009

JKM lancar program cari orang susah


"Program Mencari JKM"


KUALA LUMPUR: Kini orang susah akan dicari, bukan lagi mereka mencari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapat bantuan berikutan pelaksanaan Program Cari oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mulai hari ini. .Menterinya, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata menerusi program berkenaan pegawai JKM akan turun padang mencari dan mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan tanpa menunggu permohonan mereka. .Katanya, langkah itu selaras usaha kementerian untuk melakukan transformasi kebajikan dan memperluaskan perkhidmatan kebajikan (kebajikan produktif) ke seluruh negara.
“Saya akan pastikan ada kesedaran dan kerjasama pemimpin masyarakat. Saya mahu mereka cari kakitangan kebajikan yang ada di seluruh negara dan daftarkan orang yang layak mendapat bantuan.
“Kementerian kita tidak boleh bergerak sendirian, pegawai kita memang tidak cukup... kita hanya ada 5,700 kakitangan saja. Jadi saya rayu pemimpin masyarakat, ketua kampung, jiran tetangga dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan maklumat orang yang memerlukan bantuan ini,” katanya kepada Berita Minggu.
Dr Ng berkata, menerusi program itu, mereka yang memerlukan bantuan akan dapat dibantu dan tidak timbul lagi paparan dalam media mengenai penderitaan kerana kemiskinan.
Katanya, ketika ini, apabila ada paparan media mengenai kesusahan orang, JKM sentiasa dipersalahkan sedangkan mereka tidak mengetahui ada kes seumpama itu.
“Dalam sesetengah kes, orang miskin ini tidak memohon atau menampilkan diri. Ada yang malu meminta bantuan dan sesetengahnya berpindah randah kerana malu dengan kemiskinan mereka sehingga sukar kita mengesan kumpulan ini,” katanya.


sumber: Berita Harian Online-jun 2008


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

"Harap-harap biarlah Telus Tanpa Prejudis Untuk Membantu Semua Golongan Masyarakat.."


Jumaat, 20 Februari 2009

OKU di Anugerah Belia Felda Malaysia


2 gambar penerima Anugerah Belia Felda Malaysia



Beliau yang cacat anggota badan sejak lahir terharu dan terkejut di atas pengiktirafan kali pertama itu walaupun tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atas sumbangan ikhlas dalam aktiviti belia.

Bagaimanapun jelas pelukis yang menggunakan kaki dan mulut itu, penganugerahan tersebut membuktikan golongan orang kurang upaya (OKU) setanding dengan insan normal lain jika ada kesungguhan dan keyakinan.

''Golongan OKU tidak harus berasa rendah diri. Kita perlu tunjukkan pada masyarakat lain bahawa kita mampu buat apa yang orang lain buat.

''Apa yang penting ialah kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan mempunyai minat yang tinggi untuk mencapai sesuatu kejayaan," kata ahli Persatuan Belia Felda Bukit Bading, Terengganu itu.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis ABFM 2008 yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Tokoh Generasi Baru Felda Malaysia, Anugerah Personaliti Istimewa OKU, Anugerah Pencapaian Sukan, Anugerah Kecemerlangan Pendidikan, Anugerah Usahawan Jaya Belia, Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia selain Anugerah Persatuan Belia Cemerlang.

Selain Mat Jamil, seorang lagi OKU yang berjaya merangkul Anugerah Personaliti Istimewa OKU, Muhamad Mat Nayan, 28, berkata, kecacatan yang dialami tidak pernah menghalang beliau untuk menceburkan diri dalam bidang sukan.

Walaupun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda, kejayaan memperoleh 20 pingat emas dalam sukan boling, angkat berat dan larian kerusi roda membuktikan bahawa tidak ada perkara mustahil jika ingin berjaya.

''Walaupun ada ketika saya terpaksa membelanjakan wang sendiri untuk menyertai kejohanan sukan ini, tetapi demi minat saya pada sukan, saya rela korbankan apa saja.

''Impian saya ialah untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa khususnya dalam sukan paralimpik," katanya yang berasal dari Felda Trolak Timur, Trolak..

Penganugerahan ABFM 2008 turut diberikan kepada Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, Dr. Gunawan Mahmood dan Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Pahang, Wan Salman Wan Ismail yang menerima Anugerah Tokoh Generasi Baru Felda.

Johan Persatuan Belia Cemerlang Felda pula dianugerahkan kepada Persatuan Sungai Tiang, Pendang, Kedah.

Pada majlis itu, seramai 10 Ikon Belia Felda Malaysia turut dipilih antaranya Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed; jaguh skuasy dunia, Datuk Nicol Ann David; pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah serta kumpulan nasyid Raihan...

sumber:utusan

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

p/s: Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu..


Janji bantuan tinggal janji

KUANTAN: “Saya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak atau keluarga walaupun anak saya begitu memerlukan kerusi roda khas bagi memudahkannya bergerak tanpa bantuan,” kata ibu remaja cacat berusia 18 tahun, Mohd Muslim Roslan.

Sarifah Ahmad, 47, dari Felda Bukit Sagu 2 di sini, berkata kerusi roda digunakan sekarang tidak sesuai menyebabkan pergerakan anaknya terbatas kerana tidak boleh dikendalikan sendiri memandangkan dilahirkan tanpa kedua-dua tangan dan kaki.

Katanya, Mohd Muslim tetap gembira kerana kini boleh keluar rumah tanpa perlu menggolekkan badan.

Menurutnya, sebelum ini, ada pihak berjanji memberi bantuan, tetapi selepas beberapa tahun bantuan ditunggu tidak tiba.

Katanya, Mohd Muslim tidak pernah bersekolah kecuali menghadiri kelas tadika di tanah rancangan itu ketika berusia enam tahun.

“Baru-baru ini, pengurusan Felda menyatakan kesediaan mereka membina sebuah bilik khas untuk Mohd Muslim dan saya berharap ia menjadi kenyataan,” katanya.

Menurutnya, anak keempat daripada lima beradik itu tidak boleh ditinggalkan sendirian dan hanya menggolek badan jika mahu meminta sesuatu.

Penderitaan Mohd Muslim yang terpaksa bergerak secara bergolek dalam rumah kerana kecacatannya itu pernah didedahkan media, dua tahun lalu.

Sementara itu, Universiti Malaysia Pahang (UMP) masih menunggu dana untuk mencipta kerusi roda khas bagi kegunaan remaja berkenaan dianggarkan berharga RM80,000.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Nazariah Mohamad, berharap badan korporat atau syarikat swasta sedia menaja dan bekerjasama dengan universiti itu.

Berdasarkan laporan awal, kerusi roda yang memiliki ciri kenderaan pacuan empat roda yang bakal dicipta khas untuk Mohd Muslim itu akan dilengkapi tali pinggang keselamatan bagi memudahkannya bergerak di luar rumah terutama di kawasan berbukit.


sumber: metro 20/february

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

p/s: "lembu dipegang pada tali,manusia dipegang pada janji.."

Rabu, 18 Februari 2009

ELAUN KHAS PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI IPT - (Biasiswa dan Pinjaman Pengajian)


  • Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahaan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini;
  • Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar kecatatannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana kecatatannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
  • Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.

SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

  • Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.
  • Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.
  • Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN
Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut:-

  1. Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
  2. Diploma - 3 tahun
  3. Sarjana Muda - 4 tahun
  4. Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
  5. Sarjana - 2 tahun
  6. Ph.D - 4 tahun
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

untuk pertanyaan/maklumat lanjut sila rujuk di laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi

Selasa, 17 Februari 2009

Recruitment Drive for OKU..


“If you can’t feed a hundred people, then just feed one”

- Mother Teresa.

Carrefour Malaysia had recently participate in “Ekspo Pekerjaan Bagi OKU 2008”, in celebrating World’s People With Disabilities Day and Maal Hijrah 1430H. It was held at Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan, Bangi.

The event was attended and launched by Dato’ Meme Zainal Rashid, Chief Director of Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

The one-day event was filled with tons of exciting activities for the disabled communities, giving them the chance to mingle with friends and share their stories and experiences.

Carrefour Malaysia took the opportunity to set up a booth in searching talented OKU to be recruited. More than 100 people (with multiple disabilities) dropped their resumes to apply jobs in Carrefour stores nationwide.

Mat Jamil, Carrefour Malaysia’s graphic designer who was a trainee in the centre, attend the event to meet old friends and give support to them.

The interesting is…… Carrefour had set a target of five percent employment for the handicapped by 2012. So there would be brighter chance for this community in getting jobs in Carrefour!!

Carrefour had currently employed handicapped associates working in various departments in our stores nationwide.

Carrefour Malaysia/Singapore Managing Director, Shafie Shamsuddin always says that “We should see their (disabled community) abilities and talents, not their disabilities”.

Carrefour

Cares For You!!

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

'dicilok' bulat2 dari : Blog carrefour.com.my



Isnin, 16 Februari 2009

Imposible is nothing..."We Need Para-X-Games."


Perkara pertama aku nak cakap "We Need Para-X-Games....hehe..
bunyi memang pelik sikit,tapi aku rasa dah tiba masanya X-Games untuk OKU ni di wujudkan;walaupun X-Games di malaysia belum sampai ke tahap membanggakan...oopsss!!!!.....ye la,OKU kat malaysia ni kan hebat2...kita pun bukannya tak pernah anjurkan sukan2 untuk OKU yg bertaraf DUNIA, salah 1 contoh Sukan FESPIC;kita dah pernah jadi tuan rumah.....manalah tau aku nak join jgak,haha...-hasbul

Lawak OKU....??


Lawak ni memang best,aku tak nafikan...tapi unsur yg dibawa dalam cerita ni aku rse ade sikit yg mungkin boleh mmbuatkn ade golongan OKU yg terase dgn kater2 pelawak2 ni......wlupun aku bukan buta tapi aku rase aku dpt rase mcm mane klu org OKU dari golongan buta dpt menonton video ni.....bukan aku nak mengata pelawak2 kiter ni kurang idea atau ape pun,tp kat mesia ni mungkin tak semua golongan boleh terima lawak mcm ni........

p/s: SECARA SEMULAJADI SEMUA MANUSIA ITU SAMA , TAPI PALAJARANLAH YANG MENJADIKAN MEREKA CUKUP BERBEZA......heheee(maaf klu ade yg terase)

Rabu, 11 Februari 2009

Pegawai penyiasat JKM k****g tak buat krje ke....??

>>>klik pada gambar utk lihat lagi jelas...

kat atas ni bukti yg pejabat Jkm tu dah amik document permohonan aku...aku betul2 kecewa la ngan JKM ni kan...mse artikel ni ditulis dah 8 kali aku call pejabat Jkm tempat aku mohon ni...bila aku tanya pegawai tu,jawapan dier masih same(;saya akan semak balik)........aku tunggu punya tunggu la ni dah masuk 3 bulan.....aku difahamkn yg bende ni bole satle dalam mase sebulan jer....ni bukannya sebulan,dah lebih 3 BULAN weh!!! siasat pun belum.....spe nak jawab?? sedangkan aku mohon kerje ngan carrefour seminggu jer dah bg respon kat aku balik......takkan Jkm mcm ni.............????

p/s:
‘Kerana nila setitik, Rosak susu sebelanga’

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
 
Design By Hasbul © 2008-2010