Memaparkan catatan dengan label Pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelajar. Papar semua catatan

Selasa, 26 Oktober 2010

OKU mati dipukul di PJ??

Polis ambil keterangan kakitangan rumah kebajikan berhubung kematian remaja OKU

PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan beberapa petugas sebuah rumah kebajikan swasta di Seksyen 18 di sini berhubung kematian seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dipercayai akibat dipukul, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata keterangan yang diambil terhadap beberapa individu itu adalah bagi memastikan punca sebenar kejadian dan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak.
"Kami masih menyiasat kes ini untuk mengetahui punca sebenar kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Brian Goh Kah Heng, 19, yang baru lima bulan tinggal di rumah kebajikan itu mati selepas mengalami pendarahan teruk di kepala dipercayai akibat dipukul.

Remaja itu ditemui tidak sedarkan diri di rumah kebajikan itu sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 pagi semalam. - BERNAMA

Jumaat, 24 April 2009

Pelajar Terbaik OKU Dapat Perhatian




Cacat pada bahagian kedua-dua belah kaki dan tangan kirinya tidak menghalang Hashim B Muhammad, 20 menjadi pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di kalangan orang kurang upaya (OKU).

Hashim bersekolah di tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai ini mendapat keputusan 3A dan 2B dalam STPM baru-baru ini. Hashim yang tinggal bersama-sama ibubapa beliau di Kg Gertak Kangkong di Mengkebang, Kuala Krai di fahamkan mempunyai kecacatan sejak lahir lagi.

Kejayaan beliau mendapat perhatian daripada pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan melalui YB Dato' Haji Husam Musa, Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan telah menyumbangkan sedikit bantuan pengajian sebanyak RM 10,000 dan sebuah kerusi roda elektrik untuk Hashim. Ini bertujuan untuk memudahkan lagi pergerakan beliau pada masa akan datang.

Keperitan beliau untuk menimba ilmu sangat dikagumi dimana dalam tingkatan 6 beliau terpaksa menempuhi perjalanan sejuah 20km dari rumah beliau untuk ke sekolah yang dihantar oleh bapanya atau pn bersama adiknya. Hashim juga berterima kasih kepada ibubapa dan adik beradiknya kerana tidak pernah puas untuk menjaga dan melayan kerenahnya.

Ayah beliau Mohammad B Yusoff, 53 dan Ibunya Fatimah Bt Abd Rahman, 49 bersyukur kepadaNya dan juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana memberi perhatian kepada anaknya.

Dalam pada itu, Dato Haji Husam juga turut memberikan sumbangan sebuah motor roda tiga kepada Daud B Botok yang berasal dari Tawang yang juga salah seorang dari orang (OKU). Sumbangan diberikan dari tabung Orang Kurang Upaya (OKU) Kerajaan Negeri Kelantan.

sumber: husammusa.com

Isnin, 13 April 2009

UUM sedia van khas untuk penuntut OKU

SINTOK: “Dulu saya mengambil masa lebih setengah jam untuk bergerak dari dewan penginapan pelajar ke kelas dan kadang-kadang tidak dapat menghadiri kelas akibat hujan lebat, tetapi sekarang tidak lagi selepas menggunakan van ini,” kata Muhammad Ihsan Abdullah, 23.

Dia antara seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menggunakan perkhidmatan van dikhaskan untuk golongan kurang upaya (OKU) di kampus itu.

Pelajar bidang teknologi maklumat itu berkata, langkah prihatin universiti itu menyediakan sebuah van yang dilengkapi dengan teknologi hidraulik adalah tepat bagi memudahkan penuntut OKU terutama yang berkerusi roda mengikuti pengajian di kampus berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid, berkata pihaknya memperuntukkan RM140,000 untuk menyediakan sebuah van khas yang dilengkapi dengan kemudahan untuk mengangkat dan menurunkan penuntut berkerusi roda.

sumber: Harian Metro Online

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
 
Design By Hasbul © 2008-2010