Rabu, 1 Julai 2009

Sebab politik keadaan fizikal jadi bahan ketawa - sekadar renungan....

Empat pemimpin Pemuda Umno Selangor bersiap sedia membayar denda maksimum sebanyak RM4,000 berhubung kekecohan terhadap pemimpin DAP Karpal Singh di Parlimen, 26 Febuari lalu.

Ketua Pemuda bahagian Serdang, Engku Salleh Engku Abdul Jamal yang turut didapati bersalah berkata, setiap ahli pergerakan itu di negeri tersebut akan menderma 10 sen seorang untuk membayar denda tersebut.

Hari ini jawatankuasa khas Parlimen mengenakan denda RM1,000 setiap seorang ke atas mereka. Keputusan muktamad akan ditentukan dalam perbahasan dewan, Khamis ini.

Selain Engku Salleh, tiga ketua Pemuda bahagian lain: Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak) dan Zahari Shaari (Shah Alam).

“Saya setuju dengan cadangan supaya setiap ahli Pemuda membayar 10 sen seorang kerana inilah masanya untuk mereka menunjukkan perpaduan di kalangan ahli,” kata Engku Salleh ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Secara berseloroh, beliau berkata, jika kutipan melebihi RM4,000, bakinya akan digunakan untuk membeli kerusi roda bagi kegunaan ahli parlimen yang kurang upaya. “Kita akan beli dua kerusi roda itu dan Karpal Singh tidak perlu lagi membawa kerusi roda untuk digunakan di Parlimen,” tambahnya.

Sementara Shahrizan pula berkata, beliau menerima keputusan itu secara terbuka dan akan membayar denda berkenaan.

Susulan keputusan jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Shahrizan memohon maaf kepada Parlimen atas kejadian tersebut tetapi tidak kepada Karpal.


mcm ni ke ahli politik....?

confirm lepas ni OKU kat kawasan dia terabai.......cehhhhh!!!





Sumber : malaysiakini.com

Print this post

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betulkah dialog di atas tu???lahant punye menteri...\\

i dun no who u are,, but if u have any problm wth regards to hardship as a disabled..let me know so that i can forwarded to our ministry...

we r in the process in revising the AOKU 2007 krana byk yg kurg dlm tu..

hanya OKU yg kenal OKU..
so..aku harap if ada masalah, just tell me ur problm k

asilahmuhajer berkata...

teruk betul ayat yang dimerahkan tu.
dahla kutip 10 sen je.
itupun nak eksyen..

Tanpa Nama berkata...

dalam hal berkaitan OKU ini,siapakah yang bertanggungjawab,merobah kualiti OKU Malaysia,setanding dengan OKU di negara barat?
apa yang saya lihat dan merasa ikut pengalaman,kemudahan OKU banyak yang tidak boleh di gunakan dan kurang sesuai ikut ukuran keupayaan OKU,TRANSPORT AWAM untuk OKU pun juga tidak mesra OKU,dari segi pemandunya yang tidak indah dengan kehadiran kami di tepi hentian???

Tanpa Nama berkata...

KENAL PASTI DIMANA ADA WARGA OKU,, APA GUNA MALAYSIA SATU KALAU PERKARA MACAM INI TIDAK DI ENDAHKAN,,FIKIRKAN JIKA ANDA DI TEMPAT KAMI??? APA ANDA RASA.

Tanpa Nama berkata...

transpotation awam for OKU very poor, i pernah tunggu dan lambai for stopping the teksi or bus yang ada stiker OKU,mereka tidak pun berhenti,
why jadi macam ni sekali berlaku di malaysia?
negara lain takde pon macam ni,

Tanpa Nama berkata...

I HAVE BEEN MANY PLACES IN OVER SEA, MALAYSIA IS VERY POOR IN DISABLE FASILITIES FUNKTION, EVEN THE SYSTEM OF TRANSPORTATIONS ALL SO VERY POOR,
WHERE IS YOUR INERCIATIVE ABOUT THIS MATTER?

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
 
Design By Hasbul © 2008-2010