Ahad, 22 Mac 2009

OKU Di Uji Bakat AF7





KUALA LUMPUR, 13 FEB 2009:
Uji Bakat Akademi Fantasia 7 (AF7) yang berlangsung di lokasi terakhir di Stadium Bukit Jalil, baru-baru ini turut disertai peserta OKU, Mohd Fazrie Mat Rasali, 20.

Apa yang menarik, Fazrie yang sebelum ini pernah menghadiri uji bakat Raja Lawak Musim Ke-3, sanggup bersusah-payah datang ke Kuala Lumpur seorang diri ke dari Kuantan, Pahang, tanpa ditemani sesiapa.

Bertugas sebagai pekerja runcit, Fazrie yang kini kehilangan kaki di bahagian kanan sejak 2004 selepas menghidap penyakit kanser tulang pada 2002 mengakui bahawa penyertaan dalam uji bakat AF7 didorong oleh minat yang cukup mendalam terhadap bidang nyanyian.

"Sebenarnya saya suka menyanyi dan berlakon. Kalau boleh saya mahu gabungkan lakonan dalam nyanyian saya. Tapi, apakan daya keadaan diri saya membuatkan saya tidak mampu untuk melakukannya dalam uji bakat ini.

"Saya sedar persaingan di dalam uji bakat ini agak sengit. Kalau hendak dibandingkan dengan peserta lain, saya mungkin tidak punya kelebihan dari sudut fizikal seperti mana mereka. Tapi, pada waktu yang sama, saya juga tidak mahu menjadikan kekurangan diri sebagai satu alasan untuk tidak mencuba.

"Lagipun, saya juga mahu buktikan bahawa golongan OKU seperti saya juga ada berbakat dan kalau boleh, saya mahu jadi peserta OKU pertama yang berjaya menyertai AF.

"Siapa tahu dengan pembabitan saya ini, ia akan dapat memberikan semangat serta dorongan kepada peserta OKU lain pula untuk mencuba nasib mereka di AF pada musim seterusnya," katanya.

Menyedari bahawa program AF membabitkan pergerakan fizikal yang pantas menerusi nyanyian dan tarian, Fazrie berkata, dia sudah bersedia untuk menerima segala cabaran itu.

"Kalau terpaksa menari, saya akan menari, sama ada dengan berkerusi roda atau menggunakan kaki palsu. Itu pun kalau diberi peluang," katanya yang masih lagi mendapatkan rawatan kanser tulang setiap 6 bulan sekali di hospital.


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
aku ciplak dari: murai.com.my


Ape yg tak menyeronokkan aku baca ialah bila sampai bahagian comment.Ade la sakai ntah dari mane datang yang cakap"kaki x da,mcm nak buat konsert."....mungkin ade yg bersetuju la dengan comment sakai ni,tp aku rase sakai ni dah menghina keadaan fizikal(yg datang dari Allah) kawan kita ni.....aku nak tanya la kat sakai ni sikit - agaknya mcm mana klu 1 hari nanti kau jadi mcm tu....??tak mustahil kau pun akan jadi OKU 1 hari nanti....

Ape2 pun aku salute kat kawan kiter Mohd Fazrie ni...

Print this post

1 ulasan:

Suara OKU berkata...

Salam perkenalan,

Saya penulis blog Suara Oku.
Harap dapat sama-sama membantu di dalam perjuangan memperjuangkan nasib OKU.

email saya kalau ada masa suaraoku@gmail.com

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
 
Design By Hasbul © 2008-2010