Polis ambil keterangan kakitangan rumah kebajikan berhubung kematian remaja OKU
PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan beberapa petugas sebuah rumah kebajikan swasta di Seksyen 18 di sini berhubung kematian seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dipercayai akibat dipukul, Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata keterangan yang diambil terhadap beberapa individu itu adalah bagi memastikan punca sebenar kejadian dan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak.
Brian Goh Kah Heng, 19, yang baru lima bulan tinggal di rumah kebajikan itu mati selepas mengalami pendarahan teruk di kepala dipercayai akibat dipukul.
Remaja itu ditemui tidak sedarkan diri di rumah kebajikan itu sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 pagi semalam. - BERNAMA