Bil | Jenis Bantuan | Kadar | Tujuan | Syarat Kelayakan |
1. | Bantuan Kanak-kanak (BKK) | RM100 sebulan seorang. Maksimum RM450 sebulan sekeluarga melebihi empat (4) orang kanak-kanak. | Memastikan keluarga miskin dan ibu tunggal terus menyara anak-anak dalam satu keluarga. | 1. Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak (kanak-kanak) ; 2. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah atau ; 3. Kanak-kanak berumur persekolahan, perlu meneruskan persekolahan atau; 4. Kanak-kanak yatim/yatim piatu ; dan 5. Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa/penjaga yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, cacat, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan. |
2. | Bantuan Anak Pelihara (BAP) | RM250 sebulan bagi seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih. | 1. Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga ganti. 2. Meringankan tanggungan keluarga ganti yang sanggup menjaga anak-anak pelihara sebagai anak sendiri. | 1. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah ; 2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibubapa ; 3. Kanak-kanak tinggal bersama-sama dengan keluarga ganti ; 4. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; dan 5. Kanak-kanak yang diambil dari ”Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM. * Had pendapatan keluarga pelihara tidak ditetapkan |
3. | Bantuan Orang Tua (BOT) | RM300 sebulan seorang | Saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti. | 1. Warga emas berumur 60 tahun ke atas ; 2. Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup; dan 3. Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan. |
4. | Elaun Pekerja Cacat (EPC) | RM300 sebulan seorang | 1. Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. 2. Membantu menampung keperluan hidup seharian dan meningkatkan taraf hidup OKU dalam masyarakat. | 1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat ; 2. Bekerja sendiri atau dengan majikan ; 3. Pendapatan tidak melebihi RM1,200 sebulan; dan 4. Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma. |
5. | Geran Pelancaran (GP) | Maksima RM2,700 sekaligus | 1. Membantu klien JKM yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dengan menceburi bidang perusahaan, pertanian atau perniagaan kecil. 2. Membolehkan klien JKM menjadi lebih produktif dan berusaha ke arah hidup berdikari serta meningkatkan taraf hidup mereka. | 1. Penerima bantuan bulanan JKM yang berupaya mengusahakan sesuatu projek misalnya ibu tunggal atau anak-anak mereka; 2. Orang Kurang Upaya (OKU) ;dan 3. Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan. |
7. | Bantuan Bencana (BB) | RM5,000 maksimum sekaligus | 1. Jangka Pendek: Memberi bantuan segera di pusat pemindahan seperti tikar, selimut, makanan kering dan set kit bencana. 2. Jangka Panjang: Memberi bantuan pemulihan bagi memulakan kehidupan selepas bencana berupa bantuan kewangan kerana kerosakan harta benda. | Mangsa bencana dari golongan miskin. |
8. | Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S) | Kadar sebenar alat tiruan | 1. Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, calipers, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan. 2. Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain. | 1. OKU yang berdaftar dengan JKM ; 2. Had siling pendapatan isi rumah tidak melebihi RM700 sebulan 3. Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan; |
9. | *Bantuan Am (BA) * Kadar yang ditunjukkan adalah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Kadar bagi negeri lain adalah berlainan | 1. Kadar bantuan bulanan adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Negeri-Negeri. 2. Kadar bantuan membaiki rumah ialah maskimum RM2,500 atau satu jumlah yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Negeri-Negeri. 3. Lain-lain kadar bantuan sekaligus adalah mengikut keperluan semasa klien. | 1. Membantu menampung perbelanjaan harian klien/keluarga 2. Membantu golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan kerana kemiskinan, kecacatan, masalah keluarga, usia tua dan sebagainya 3. Memberi pertolongan serta-merta bagi mengelak penderitaan orangorang yang berkeperluan, terdampar, kecemasan dan lain-lain seperti:- o Bantuan membaiki rumah o Bantuan tambang/waran tiket o Bantuan pakaian/makanan o Bantuan pengkebumian | 1. Pendapatan isi rumah di bawah RM700 sebulan atau paras garis kemiskinan (mengikut negeri masing-masing) 2. Kes terdampar; 3. Orang papa; 4. Kes wanita dan gadis dan sebagainya; 5. Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan (faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga). |
10. | Bantuan Sekolah (BS) | Kadar sebenar: · Yuran sekolah · Yuran Peperiksaan · Buku kerja/rampaian · Tambang pengangkutan · Pakaian seragam RM180.00 seorang setahun (SRK) dan · RM220.00 seorang setahun (SMK) | 1. Mengelak berlakunya keciciran sekolah di kalangan kanak-kanak miskin, yatim/yatim piatu dan kurang bernasib baik/OKU 2. Meringankan tanggungan ibubapa @ penjaga yang berpendapatan rendah atau mempunyai tanggungan yang ramai. | 1. Kanak-kanak miskin, yatim/yatim piatu, OKU 2. Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa/penjaga yang tidak berkemampuan, putus pencarian sementara, uzur kerana cacat @ berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan 3. Pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM700.00 sebulan. |
11. | Elaun Latihan Aperantis (ELA) | RM200.00 sebulan seorang | Membantu belia/beliawanis terutama anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan, penganggur atau terdedah kepada masalah sosial untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. | 1. Anak-anak penerima bantuan kewangan bulanan JKM; 2. Bekas pelatih institusi JKM; 3. Kes seliaan akhlak JKM. |
12. | Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (TSBB) | 1. Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal. 2. Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan. | Membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa serangan binantang buas. | Mangsa atau waris mangsa serangan binatang buas yang telah dikategorikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara seperti berikut:- · Gajah · Seladang · Babi Hutan · Beruang · Harimau · Ular Sawa · Ular-ular Berbisa · Primat (Beruk, Kera Siamang, Ungka, Lotong & Kongkang) · Buaya |
13. | Skim Bantuan Segera Persekutuan Bagi Kawasan Parlimen (BSKP) Nota: Skim ini disalurkan terus melalui Ahli Parlimen di kawasan berkenaan. | Kadar bantuan (maksimum): · Mangsa bencana = RM200 · Kematian = RM200 · Terdampar = RM200 · Pesakit Kronik = RM500 · Membaiki rumah akibat bencana alam = RM500 | Membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan dengan segera. | 1. Golongan yang berkeperluan dan tidak berkemampuan 2. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan |